About Me

My photo
TANAH MERAH, Malaysia
Hye!! Welcome to my blog. Nothing special about me.. jgn lupa follow this blog.. Thanks...

Saturday, February 18, 2012

Get a book from papa

Assalamualaikum.

Masa cuti semester my butat papa cayam dah hbis, so kena la balik JB. babye cayam!! Dun noty2 oK..
Nanti jmpa bulan3 ni plak ek..
Sebenarnya, aku nk cerita aku dapat sebuah buku dari die, hehe.. tQ yer cayam. Aku baca tak habis lg tu.. Nk tahu buku apa yg aku dpt.. ni haa......

mcm tal lama dah nk jadi seorang isteri ni.. hehe.. gatall..apa2 pun, insyaAllah, aku akn jadi isteri yg solehah untukmu cayam..

Sunday, February 5, 2012

Nak Perut Kempis?????

Assalamualaikum..

Ramai yang tidak inginkan perut buncit kan???? Jom ikut cara-cara nk kempiskan.. hehehe...


Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:
1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.
4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.
5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Selamat mencuba!
Daaaa......


Thursday, February 2, 2012

Beruntungnya Wanita Dicipta Mempunyai Rahim

Wanita itu telah diciptakan oleh Allah SWT dengan pelbagai keistimewaan dan keunikan yang tiada pada seseorang lelaki di muka bumi ini.
Allah SWT telah meletakkan perbezaan sifat, perasaan dan fizikal antara seorang lelaki dengan seorang wanita amatlah berbeza.
Wanita telah dicipta dengan mempunyai rahim dalam tubuh badan di mana kehebatannya membuatkan seorang wanita itu boleh mengandung dan melahirkan bayi melalui organ peranakan itu.
Dengan rahim itulah, seseorang wanita mendapat keuntungan sepanjang kehidupannya berbanding lelaki.
Antara kelebihan yang telah Allah SWT gariskan dalam Islam ialah, wanita telah bekerja dengan Allah dengan menjadi ‘kilang manusia’. Tiap-tiap bulan wanita telah diberi cuti ‘bergaji penuh’ iaitu antara tujuh hingga 15 hari dalam sebulan yang meletakkan dirinya tidak wajib untuk menyembah Allah SWT dan dianggap waktu itu solatnya adalah terbaik buat dirinya.
Selain itu, wanita juga mendapat kelebihan cuti bersalin selama 60 hari di mana cuti itu bukanlah cuti yang dibuat-buat. Sebaliknya, cuti yang telah Allah SWT berikan selepas sembilan bulan ‘bekerja’ dengan Allah SWT. Berbeza dengan kaum adam, mereka tidak diberi cuti solat dan hukum menunaikan solat itu wajib bagi dirinya semenjak baligh hinggalah ke akhir hujung nyawa.
Allah SWT juga telah memberikan berita gembira kepada kaum hawa sepanjang dia mengandung, Allah SWT sentiasa mengampunkan dosa-dosanya dan terhapuslah segala dosa ketika dia bertarung nyawa melahirkan anak. Malah, sekiranya wanita itu meninggal sewaktu bersalin, dirinya dianggap mati syahid dan terus ditempatkan ke dalam syurga oleh Allah SWT.
Bagi wanita yang telah bersuami, si isteri akan mendapat ganjaran pahala di atas segala kebaikan yang dilakukan oleh suaminya tetapi tidak menanggung dosa-dosa yang suami lakukan.
Malah, ketika di akhirat nanti, wanita solehah pasti akan terkejut apabila mendapat ganjaran pahala yang berlebihan hasil dari kebaikan yang dilakukan suaminya ketika hidup di dunia dan segala pahala itulah yang dapat membantu suaminya ketika sedang meniti titian Siratulmustaqim untuk menuju masuk ke syurga.
Manakala, suami pula tidak akan pernah terlepas dari tugas-tugas berat untuk mendidik isteri dan anak-anak dari melakukan sebarang dosa kerana di akhirat kelak, suamilah yang akan bertanggung jawab di atas segala kejahatan yang dilakukan oleh isteri dan anak-anak.
Oleh itu, setiap wanita haruslah menjaga kehormatan diri dan sentiasa taat kepada suami agar sama-sama tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam syariat Islam.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk ‘diluruskan’ oleh lelaki. Tetapi, seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok boleh menghasilkan bayang yang lurus. Luruskan wanita itu dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah SWT kerana sememangnya mereka diciptakan sebegitu rupa.
Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki menjadi huru hara. Lelaki pula, janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata, tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kapadaNya.
Di ambil dari : NAIMAH SHAARI

Manusia Mudah Lupa

Assalamualaikum,

Dah masuk bulan yang kedua la yer kita ni di tahun 2012, jap jer kan?? Pejam celik, pejam celik.. alahaiii... umur pun semakin meningkat laa dari setahun ke setahun ni.. Semakin tua la nampaknya.

Apa sebenar yang aku nak membebel ni kan.. adoiii...oK2.. jom bca aku membebel pasal "MANUSIA MUDAH LUPA".
Betul la kata2 pepatah dari Tun Dr Mahathir, Melayu mudah lupa.. aku nk membebel pasal manusia hari ni.
Apa perasaan korang bila mak bapak korang terasa hati?? sedihhh kan?? Ni la yg aku nk mksudkan, someone telah membuat hati mak bapak aku terguris, dulu masa susah family aku yg tolong dieorang, sekarang.. mentang2 dah senang kan, dah kerja. ada family sendiri.. dah lupa jasa mak bapak aku ni.. tu lah manusia sekarang, mudah sangat lupa jasa kan??
Tak tahu la aku nk kata ape kat diorang yang berperangai mcm ni. minta2 Tuhan balas la apa yg diorang buat tu.
If mak babak aku ada buat salah pun, diorang orng tua, kita yg anak2 ni, x yah la nk masuk cmpur. Tu lah, aku sendiri pun x masuk campur n setahu aku la, mak bapak aku xde la buat salah ngn korang. Minta tolong korang pun mmg x la!! X ingin nk menumpang hidup korang lerr..

p/s : Jangan lah kita jadi manusia cepat lupa jasa oK..

Wednesday, February 1, 2012

Jom.. p Tutti Frutti

Assalamualaikum..

Tutti Frutti kini makin berkembang apabila satu lagi cawangan di kelantan dibuka. Kini penduduk-penduduk di negeri kelantan tdk lagi perlu berasak2 di Tutti Frutti @ Taman Tengku Anis.

Jom lerrr kita brangkat ramai2 p pekena skali.. hehe... member2 aku dah bising2 nuhh.. ajak p kat Kubang Kerian, mntang2 lorr die blajar kat USM sana. Sabar2 yer kwan.. nanti kami pergi ramai2 OK.. hehe.. Lau ada yg blnja kan best!!! x gtu??
Sodappp nyerrrr..................

Ni lerr alamat nyer.. pakat cari la yer..


Lot 1665-29, Ground & Mezzanine Floor, 
Jalan Raja Perempuan Zainab II,
 Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.


Nk p ni nk kna la ada limapuluhhinggit ni.. mkn lg, minyak kreta lg, adoiii... pulus2 xde ni, ada jerr tmpat nk pergi.
 Satu lg, restornan kapal, tepi Tesco, hehe.. ari tu pergi Tesco jer.. x sempat nk pergi c tu.. nk p!!!