About Me

My photo
TANAH MERAH, Malaysia
Hye!! Welcome to my blog. Nothing special about me.. jgn lupa follow this blog.. Thanks...

Friday, March 25, 2011

jom masak-masak

Aloowww all.... 
untuk entry ni aku nk story about pisang.. knape pisang?? sbb pisang ni bnyak khasiat nya.. n selain di mkn bgtu shaja.. pisang ni jgk bleh buat mcm.. bleh buat pisang goreng, kek pisang.. pengat pisang,cekodok or jemput2 org klntan pggil.. hehehe...
Aku dpt pisang ni akak sebelah umah sewa aku yg bagi tuk kitaorng.. tp kami2 ni pemalas ckit nk masak2.. then kwan2 aku suh aku wat blik umah la this pisang dari pisang tu buruk n buang.. aku rncang nk buat cekodok pisang!!!

okk... are u ready??? jom kita main masak2...

first.. kita perlu buang kulit pisang ni dlu yer..
haa... ni dia pisang yg kulit nya dah buang.. so.. kita perlu lenyek2kan pisang ni...

second.... lenyek pisang
pisang yg telah di lenyek... then masukkan gula, gandum, tepung penaik dan air.
kacau sehingga sebati..
tggu beberapa minit n boleh di goreng..

third.. siap di goreng
cekodok dah siap!!! sedap dimakan...



u all bleh la try ek.. senang jer... pejam mata x bleh buat,, heheheh,,..
oK.. Thanks.... 
drop ur komen ek...
Daaaa.............

Petanda Dia Jodoh Kita


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Thursday, March 24, 2011

...Kejujuran...

Aku menilai bukan dari 
keindahan paras rupa
tetapi dari ketulusan hati
aku jatuh cinta bukan dari
kemanisan tutur bicara
tetapi dari kejujuran kata-kata

hadir kamu dalam hidupku
ku hargai sepenuh jiwaku

asalkan kejujuran menjadi teras
pasti cinta kan teguh terpatri


Wednesday, March 23, 2011

~cErItA cInTaKu~

Ari ni aku tak tahu nk buat apa.. dan tiba2 jer rasa nk menceritakan kisah cintaku... actualy..aku bkn nya nk heboh2 kan or ape2 jer... jeng... jeng... jeng.....
First.. aku knal ngn die ni secara x sngaja... kih..kih..kih... ada seorang bdk tu..nk di jadikan cerita lah ni.. suatu petang.. budak tu.. meronda2 lah kampung kemahag3.. ketika meronda2.. aishhh... tayar motor bocor lah plak.. bocor lak.. kawasan dekat umah my cinta.. s0... My cinta n kwan2 nyer tolong lah ape yg ptut.. lpas tu.. bertukar2 nombor... budak yg bocor motor ni..bagi lah nmbor fon my cinta kat aku...(glenya la plak.).. masa tu. aku form3, thun 2005.. budak x ckup matang lg.. kihkihkih.. dah pndai nk mggatal.. kihkihkih...
s0.. bermula lah.. aku msg ngn my cinta... hahahaha....msg biasa2 jer...msa tu.. mnyamar la konon.. tnya nama.. dduk kat mna.. smua lah.. nma.. linda.. hehehe... dia lak.. tipu jgk aku.. nma amir.. weeekkkk!!!! Lama gak la kami msg2... n suatu hari.. aku pun cerita lah... aku sape yg sbnarnya.. sejak terus terang sape aku.. kita orng pun berkawan... kami msg2.. tnya itu.. ini... dan... first date kami... nk jmpe face 2 face lah ni... aku cabar dia.. nk knal aku datang la rumah.. bru bleh kenal... sebab ape aku suh dtg umah.. sbb nya...aku mna leh kuar suka2 jer...s0.. dia pun dtg lah rumah aku dngan member dia.. brani gak ek dtg umah..
Then face 2 face tu... kami makin kerap ber SMS.... heheheh.... msg punya msg sebagai kawan jer...Lama gak aku berkawan dengan dia..

Aku form4, 2006.. aku msih lg ber SMS ngn dia.rapat lah gak.. kongsi masalah.. bertukar-tukar pendapat.
Tanggal 18/08/2006.... dia mlamar aku jd makWe dia... aku ngn sipu2 malu... gatal tul.. trima lah dia.. kihkihkih...S0.. lpas dari tu..aku lebih rapat ngn dia...bermulah kehidupan baru aku ngn dia.. n sejak dari tu jgk lah.. aku x bermsg ngn lelaki lain yang aku x kenal.... aku nekad.. aku berjanji.. aku akan syg dia.. aku akan hargai dio..wlaupun msa tu aku masih blajar... aku x abaikan pelajaran aku.... die slalu bagi smnagt kat aku.. blajar molek.. blajar rajin2... kihkihkihk... tp aku ni bkn nya pandai pun... 

Masuk form5.. 2007.. msa ni aku dah nk SPM... hubungan aku ngn dia semakain baik.. tp ada gak lah balah kecil2 tu.. biasa lah... mula2 tu.. aku aply nk dduk asrama.. aku tnya dia.. bleh ke tak.. dia ckap ikut lah.. than.. aku dpt asrama.. msuk lah aku kat asrama SMK.Kemahang... msuk asrama x bleh bwak nset.. tggal lah kat umah... Tp.. aku dduk asrama x lama pun.. 2 minggu jer... aku x belh dduk asrama bkn sbb rindu kat dia... tp aku x selesa n aku ni susah n memilih bab makan... aku x mkn msakan kat asrama. Aku nk kuar asrama sapa nangis2.. kecian kat abh n ma.. smpai jmpa Pengetua sekolah.. sbb aku nk kuar asrama.. Lepas tu.. pengetua bagi lah aku kluar sbb maslah2 tu lah..heheheh... aishhh... lari topik la plak..

Masa aku form5.. kan ada klas tambahan,..mklumlah thun tu aku nk exam SPM kan...hari2 ada tmbahan.
Hjung mggu pun ada klas tambahan.. aku klas tmbahan tu ngn motor..msa form5 ni.. aku lebih rapat lagi ngn dia..18/08/2007 ckup stahun perhubungan aku ngn dia.. msa tu dia blajar kat politeknik.. hjung mggu jer.. kita orang jmpa.. jmpa lak.. kat????????? ni rhsia.. x bleh nk ckp... hehehe...
Tp.. kbnyakan nya.. kami jmpa kat rumah.. sama ada dia dtg rumah aku or aku pergi rumah dia.. kdng2 tu.. hbis klas tmbhan ari mggu.. aku pergi rumah dia... hehehe.. bwak motor sndiri kan.. senang lah..
Hubungan aku msih lgi Ok n bahagia.. hahahaha.... cintacintun... aku x pernah kluar sma2 ngn dia..sehinggalah aku hbis form5... 

Suatu hari... dalam mnggu result SPM kluar.. aku di ajak oleh member ku.. tuk pergi tidur kat rumah cikgu kita orang kat Tanah Merah.. nak di jadikan cerita.. msa tu lah first aku kluar jln2 ngn dia... seronok bkn main lagi.... bleh kluar.. kihkihkihkih...pengalaman x bleh nk di lupakan ni.. sejak dari tu gak.. aku lebih rapat n lebih syg kat dia... aku ni.. susah nk bleh kluar... nk jmpa kne dtg rumah.. asyik dtg umah kan.. Abh ma pun thu lah.. kami ber gewe.. kihkihkih... fuhhh... lega. nasib baik x kena marah...

Result SPM kluar.. org pertama yg tahu.. dia lah... result aku 0k lah... biasa2 jer.. bkn nya pndai pun.. than.. aku aply smua... matrik, Upu, maktab, politeknik.. smua aku aply lah.. dpt x dpt lain cerita.. 
Tp aku msuk gak form6 kat SMK Batu Gajah..smntara tggu keputusan tawaran kat mana2.. dua bulan jgk lah aku kat sana.. Dia lah.. x larang aku nk blajar kat mna2.

Sehinggalah aku dpat tawaran masuk ke Politeknik Kota Bharu thun 2009... aku trima tawaran tu... aku semester 1, dia lak semester 6, semester akhir.. aku kne dduk asrama. msa ni lah.. hubungan kita orang semakin rapat lagi.. tiap2 mggu kami blik bersama.. hntar n amik aku kat asrama.. sejak aku msuk poli lah.. aku kerap kluar ngn dia. Nk kemna jer.. ngn dia..


muka budak!!! masa sem 1
Masuk semester2.. aku dduk rumah sewa.. msa tu dia dah hbis blajar.. dduk rumah sewa pun.. dia gak yg hntar aku n amik aku kat poli..Mcm2 yg berlaku.. suka sedih kami lalui bersama.. time suka tu.. xingt dunia.. time sedih tu.. time kami berbalah.. mcm nk perang dunia yg ke 3.. tiap2 mggu kami kluar jln2... sehinggalah aku hbis sem2.


sem2.. bulan puasa nk kuar buka puasa sama2

Msa cuti semester tu.. aku dpat berita.. dia dpat smbung bljar kat UTHM.. aku suka.. tp sedih pun ada.. lau x silap aku.. 28/12/2009.. sehari selepas birthday dia. Aku ngn dia bru jer rncnag nk smbut bfday skali.. tggu bfday aku.. tp xsempat nk smbut sbb dia kne lapor diri dengan kadar segera.. aku nangis msa dia call bgtau yg dia dapat smbung blajar tu.. aku nangis sbb kne berjauhan.. sedih sngt2 sbb kami x pernah berpisah jauh.. aku ckp kat dia.. aku nk pergi jgk hntar dia kat sana. msa tu.. dan aku pergi jgk.. aku naik bas ngn dia tuk pergi kuala lumpur dlu.. sbb abh n ma dia da kat sana.. sblum hntar dia kat johor.

Esokkan tu lh.. aku pergi hntar dia bersama ngn family dia.. msa nk blil lpas hntar dia n uruskan semua ape yg perlu.. aku rasa nk nangis jer.. tp aku than jgk.. malu ngn family dia.. sejak tu jgk lah.. aku lbih rapat ngn family dia.

Selepas dari tu... aku berjauhan dengn dia.. hanya SMS dan call jer menjadi penghubung kami.. nk jmpa jauh.. hari demi hari.. stiap hari aku akn bertanhya khabr dia.. cerita itu.. cerita ini... 

n sampai sekarang aku msih ngn dia.. walaupun ada pasang surut hubungan kami. Aku sbar n anggap smua tu adalah cabaran aku dlm perhubungan n Tuhan nk uji kesabaran kami berdua.. Semua orng akan ada mslah.. ini kan kami.. 

Aku berharap.. hubungan yg kami bina sehingga hari ini akn lebih berpanjangan sehinggalah ke jinjang pelamain n smpai akhir hayat kami.. I LOVE U SO MUCH!!!

MOHD FIRDAUS BIN CHE ABDULLAH
&
ASNIZA BINTI MD.RASID

semoga berbahagia.. n kami menunggu ulang tahun perhubungan kami yg ke-6 thun iaitu pada 18/08/2011
semoga Tuhan panjangkan umur kami n satukan kami berdua. Amin...


Monday, March 21, 2011

~ Andai Lelaki Tahu ~

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

_kAmi mEnggEdiK.. SmbiL bT aSsGmEnT_

Tuk pengetahuan korang.. sbnrnya aku ada 1 tugasan.. tugasan ni adalah tugasan last tuk subjek saluran agihan dan peruncitan. Tugasan ni perlu buat mengenai satu kedai runcit di sekitar KB untuk mengetahui bagaimana pengurusan kedai tersebut. 
That's why... aku ke KB tuk settle kan tugasan ni... s0.. aku telah memilih kedai CITIJAYA untuk di jadikan tugasan aku.. hahahaha... Tp satu yg melucukan... kedai-kedai cam ni kan x boleh nk ambil gmbar di dalam kedai.. first.. aku snap gmbar kat luar jer.. then aku pusing2 kat dalm.. msa mgah pusing2 tu.. aku bersama member aku.. Inaz.. ni nk mula kerja jahat... buat2 pilih barang.. tp.. inaz snap gmbar ruang2 kat dalam kedai.. sdng snap gmbar.. dtglah seorang laki cina.. pkerja kedai tu kot... "nk cari hadiah ke?? untuk sape??" kahkahkah.... aku pun buat2 biasa lah.. "aaa... nk cari hadiah.. tuk diri sendiri.. kihkihkih... hbis jenis bear.. bntal aku pegang n buat2 tnya.. Jahat tul aku ni kan...
tp.. xpe lah... terpaksa!! lau x.. mcm mna aku nk siapkan tugasan aku lau xde gmbar2 tu semua...
ape lg.. lpas kluar kedai tu.. aku ngn inaz gelak.... si inaz lak.. nk control la katakan.... dah asyik pusing dlm kedai tu.. nk x nk.. buat pilih barang.. than beli lah keychain handphone.. huhuhu... kecian2...




gmbar2 kedai.. aku curi snap... hahahaha

After that.. aku pun ape lg.. sempat mnggedik ngn member aku... snap gmbar kami lak.. time tuk posing!! mmg suka bergmbar tul lah.. leh jd photographer ni... =p



model belon
belon ni.. aku minta ngn pekerja Diamond.. time tu ngh ada promosi ape ntah.. umur brape??? hahaha...


Friday, March 18, 2011

khAsIaT coKlAt

Coklat selama ini dianggap sebagai makanan junk yang tidak mempunyai nilai pemakanan malah boleh memudaratkan kesihatan badan.Oleh yang demikian, kajian-kajian telah dijalankan bagi mendapatkan fakta sebenar. Hasil daripada kajian-kajian tersebut telah membukitkan beberapa kenyataan berkaitan kebaikan dan khasiat coklat.

1. COKLAT MAKANAN BERKHASIAT
Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi juga menyumbang kepada pemakanan yang seimbang berdasarkan kepada asas pemakanan berikut:-       
  • Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
  • Proteinkira-kira 15% daripada pengambilan tenaga       
  • Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga                                        

Maka coklat boleh menyumbangkan:-
  • 15% Lemak
  • 6% Protein
  • 17% Karbohidrat
  • 15% Tenaga
  • ++ Vitamin dan Mineral yang diperlukan


2. COKLAT MENGURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG
Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindank dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.



3. COKLAT MAKANAN PENUH TENAGA
Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.




4. BAHAN ANTI-KEROSAKAN GIGI DALAM COKLAT
Melalui kajian  yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.
Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.
Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.
Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi.
Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.