About Me

My photo
TANAH MERAH, Malaysia
Hye!! Welcome to my blog. Nothing special about me.. jgn lupa follow this blog.. Thanks...

Tuesday, May 31, 2011

loVe iT !!

Hello!!
love it!! tjuk entry aku.. ape yerr...

sbnarnyer.. ni sal sluar lor.. sluar ni aku syg sngat2.
Dibeli oleh my hubby.. kihkihkihkihkhi...
Tp skrang.. sluar tu aku pkai cam x selesa jer lau pkai ngn tshrt biasa.
udah ketat la beb!! 
ni tnda nyer aku dah gemuk..
ohh.. tidakk!!!
nk slim blik ngn bergaya ngn sluar tu.. syg sngat2 kat sluar tu tau!!
skrang ni lau nk pkai itu sluar, aku kne pkai ngn blouse yg labuh2.. maluuu.... sluar ketat!! hohohoh...



yeeehhhh..... ni lah sluar yg aku maksudkan tu.
Romp Jeans.
 sluar ni dah lma dah.. dah lusuh pum..


Monday, May 30, 2011

4 tanda awal kekasih anda hendak tinggalkan anda


4 tanda awal kekasih anda hendak tinggalkan anda di bawah boleh membantu anda untuk mengubah keadaan atau sekurang-kurangnya bersedia menghadapi ‘malapetaka’ yang akan melanda hubungan cinta anda.

  1. Adakah anda berdua sering bergaduh disebabkan perkara remeh/kecil?Pergaduhan sekali-sekala tiada masalah. Tetapi jika pergaduhan terjadi secara habitual, maka itu petanda bahaya. Menjadikan hal sekecil semut menjadi sebesar gajah bermakna ada perkara di dalam hubungan anda yang anda berdua takut untuk hadapi. Adakah ketakutan untuk beterus terang mengenai perpisahan yang membuatkan anda berdua masih bersama? Atau adakah perkara lain yang anda berdua patut selesaikan serta-merta?
  2. Adakah pasangan anda kelihatan seperti menjauhi/mengelak dari anda?Perbuatan menjauhkan diri biasanya berlaku jika sesorang itu berasa tidak selesa dengan perkara yang dijahuinya. Jika pasangan anda ada ciri-ciri menjauhkan diri dari anda, anda patut berasa risau sekarang. Contoh paling mudah adalah pasangan anda susah untuk dihubungi melalui telefon.
  3. Adakah status anda rendah di senarai perhatiannya? Ini bermaksud pasangan anda meletakkan orang lain selain anda lebih penting dari anda. Di dalam kalendar perancangannya, semua nama ada kecuali nama anda. Situasi sebegini adalah situasi yang patut anda elakkan dari awal lagi dengan strategi tertentu. Kalau dah jadi begini, perpisahan awal mungkin penyelesaiannya.
  4. Adakah pasangan anda tidak lagi gembira melakukan aktiviti yang sewaktu ketika dulu sangat menyeronokkan bagi anda berdua? Pasangan anda lebih gembira melakukan aktiviti tersebut seorang diri atau bersama orang lain selain dari anda. Ini petanda buruk yang anda patut sedar sekarang.
Jika anda mengalami salah satu situasi di atas atau mungkin kesemua sekali petanda di atas, maka anda harus membetulkan keadaan di dalam hubungan anda bermula hari ini.

Thursday, May 26, 2011

Mengatasi Kemarahan




Sifat marah bagi setiap manusia adalah lumrah dan terjadi di mana-mana juga pun, dan kadangkala akan berterusan sekiranya ianya tidak diberi perhatian yang serius. Apa yang penting sekali, janganlah sesuatu kemarahan itu menjadi punca pertelingkahan atau persengketaan yang berpanjangan walaupun ia bermula dari sesuatu perkara yang kecil dan ramah. Walau dari apapun, kita tidak harus dikawal oleh emosi kita kerana sesungguhnya kita yang seharusnya mengawal emosi kita sendiri. Sememangnya, setiap kemarahan perlu ada keseimbangan akal dan fikiran untuk mengawalnya, apatah lagi ianya berkaitan primsip dan ideologi kita sendiri. di-bawah ini diberikan beberapa langkah mengawal kemarahansebagai panduan kita sendiri.

1. Sebelum melepasksn kemarahan,cuba berfikir, apakah kemarahan anda akan berterusan dalam masa yang panjang atau hanya bersifat sementara.Persoalan ini memberi anda ruang untuk berfikir secara rasional tanpa melibatkan emosi semata-mata dan jika anda mendapat jawapannya lebih tenang dan mampu mengawal kemarahan anda.

2 Fikirkan sejenak kesan buruk jika anda melepaskan kemarahan anda. Apakah tindakan anda nelepaskan anda meninggalkan kesan negatif yang lebih panjang daripada kemarahan anda. Jika benar lebih baik anda bertenang, dan andainya kemarahan anda melibatkan perkara yang kecil lebih baik lupakan saja.

3 Ketika marah cuba letakkan diri anda sebagai diri orang yang anda marahi. Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda. Contohnya, jika anda berasa marah kerana ditugaskan melakukan kerja orang lain, fikir secara rasional, bahawa dia juga berada dalam keadaan sedemikian.

4 Fikirkan, apakah anda diperlakukan sedemikian kerana anda dianiaya atau ia memang kesalahan anda atau dilakukan dengan tidak sengaja. Sebagai contoh, jika tugasan anda tidak diterima oleh ketua, fikir semula, apakah ia disebabkan kecuaian dan kelemahan anda atau anda sengaja dianiaya.

5 Ketika kemarahan anda sedang memuncak,cuba buat kiraan 1 hingga 10 dalam hati dalam keadaan tenang tanpa berkata apa-apa, walaupun kaedah ini tidak membantu anda memadam kemarahan serta-merta tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meredakan tekanan dan kemarahan itu.

6 Ketika marah, pejamkan mata anda dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian yang istimewa bersama yang tercinta. Jika keadaan tidak mengizinkan anda memejamkan mata, cukuplah dengan hanya membawa fikiran merawang jauh ke sana. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda.

7 Antara cara yang paling mudah ialah dengan menumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokus cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat nyaman dan menenangkan perasaan.

8 Jika cara di atas belum dapat mengurangkan rasa kemarahan, anda boleh meluahkan perasaan pada suami atau isteri, saudara-mara, teman-teman atau pakar kaunseling agar anda tidak di belenggu dengan kemarahan sendiri.



Sumber : 
Dr Shengal

Tuesday, May 24, 2011

Aishiteru

This song.. best!!
I like it!!

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu

entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…


*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti

entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan


reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku

kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru


Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..

banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali


kembali ke *


25 Cara Diet



Sape2 yang nk diet tu leh try cara ni.. oK.. slmat menjuba!!!

1. JANGAN BERLAPAR


Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Inimenyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekuranganenzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pastianda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka

yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.


7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. KEKERAPAN

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. SAMPINGAN
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-
gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet



15. PENGAMBILAN MAKANAN BEREMPAH

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. PILIHAN BIJIRAN DAN KEKACANG

Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan andamakan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. CARA MEMASAK
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
 memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikitminyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. PEMILIHAN

Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran
 dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingintambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sebarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. BERJALAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan
 membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. RANCANG PERBELANJAAN

Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak.
 Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. LAKUKAN LATIHAN
Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan
 dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakandengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.   Melenturkanotot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.


19 May 2011 ( Gaduh lg )

oK.. aku n crite sal hati dan prasaan aku smnjak dua ni.

aku pun xtau lah knepa susahnya, keras nyer hati aku tuk memaafkan nyer.
Aku thu, aku pun x sempurna, sebagai mnusia kata kan, smua orang pernah buat slah. aku sdiri pun pernah buat salah. 
tp......
aku x fhm lah, knape die asyik bt kesalahan yg sama.
aku x bleh trima. Aku ada gak kesabaran, tp sbar aku ada tahap jgk.
19 Mei 2011, hari last die kursus keusahawanan. Aku ngah msg ngn die.. die ckp. nt smpai kat rent house, kita skype. winduuu...
mSa tu aku ngah on9 dah. Aku pun buka lah Fb nyer.. bkn nk buat ape2 pun, ntah knape tiba2 jah hati kau ckp, buka lah kat msg tu.
Aku pun, buka lah.. hahhhhhh!!!!!!! terkejut aku, da msg yg die chat ngn pompuan mna ntah. siap minta no fon lg.. xckup lg ngn aku sorang.. nk gak test market yerrr..
aku ape lg.. mngamuk sakan lh.. cancel smua nk skype tu!!! aku maki2 die. 
ye la, mna x nyer.. brulang2 kali buat kes yg sma. Lau dah x suka aku, ckp.. xyah nk buat prngai tu kat blkng aku. Aku ada hati n prasaan jgk.
Dah x nk mngaku aku ni mak we k0, xpe.. aku redha.
Tuhan dah ttpkan jodoh kita.
lau ada jdoh, kita akn bersama gak.
tp,
aku terkilan.. aku setia sngat2. ni ke balasan tuk aku?? 
Aku malu gak ngn family aku. family die, sbb hbungan kami x pernah susuk pa pe pun.
Ari ni  sudah 6hari aku dingin ngn die, msg x blas call pun x blas.
Smalam die call, tp maa die yg ckp.. malu.. msalah die cari, tp gtau maa die kta gaduhh ngn aku n xthu nk buat cm ner lg.. die minta ngn aku, bg pluang terakhir tuk nya. tp aku x bleh. X bleh nk trima die lam msa terdekat ni.
Aku dah bnyak bersbar.. aku sedih.. aku x mahu kecewa. hubungan aku bukan nya baru. tp dah lama, 6thun. Aku terlalu syg kan die.
Aku berdoa smoga Tuhan lembut kan hati ku yg keras ni tuk memaafkan nyer. walaupun mngmbil msa yg lma.

Semoga aku ngn die kembali seperti biasa n die xkn buat lg prngai tu.

susah aku nk lpaskan kamu..



Qaseh Qaisy

Hye!!

Tengok tjuk entah ape2 kan, actualy tu sbnar nya tjuk n0vel yg baru aku beli.. Qaseh Qaisy karya Ramlah Rashid. Crite ni mmg best. 
yg x bleh blah nyer, aku nk bli novel minta duit ngn my mum.. hehehe... 
nt nk minta plak. jhat tul. aku boring ngat dduk kat rumah ni, xde buat ape, asyik mghadap FB pun dah boring, xde ape2 yg mnarik. s0, aku lyan novel n tgok tV jer.
Qaseh Qaisy ni, menceritakan kisah cinta diantara dua darjat.


taraaa!!! ni novel nyer..

Friday, May 20, 2011

Quilling???

Hye!!
 
Aku nk bercerita pasal quilling, one day, aku tgok kat WHI., hahaha... kijoan aku msa cuti dengan menonton tV jer. So, part of the story, kat WHI tu tunjuk cara2 nk buat quilling, cantik gak.
Aku brajat nk buat, tp xsempat lg nk buat nyoo.. hohoh... nati2 lah.

Then, anak jiran aku tu, yg aku pnggil kat dia 'kakak' darjah 5, mai umah aku, tnya aku, "kak, blh dop kak bt kad ucapan hari guru, nk masuk tnding". Ayoiiii!!!
Memandangkan aku ni xde adik, so.. aku pun ckp lah kat die, boleh.. tp nk buat gano?? hahaha... aku p tnyer die blik, ngek tul lah.. die kta x tau, ikut jah.
Hmmm...... aku pun tringat la kat quilling tu, aku pun nk try la wat tuk die.
Aku search BLOG yg kluar kat WHI tu, sib baik jmpe.

So, Aku suh la die potong kertas, n gulung2..

ni die, kertas yg siap d gulung.

 Then, msa tuk mmbentuk!!
bentuk bunga jer..

X la cntik pun, first time aku buat ni.
bahagian depan kad

bahagian dalam kad

Taraaa!!!!
kad sudah sipa..
hudoh jer... tp oK lah.
nt bila sudah mahir gulung2 lg cantik.. 
hahaha..

Dun kumen2 yer..

Bye!!!


Thursday, May 19, 2011

Semester 5 Sesi Dis 2010

16 Mei 2011 keputusan final exam semester ini di keluarkan. Aku mnggu dengan penuh debaran.
Petng 15hb member aku text aku ckp dah bleh chek. Aku ape lg, cepat2 on9..
Buka-buka xkluar mklumat aku. Aku call member aku yg lain, die yang chek yg aku punye..
Alhamdulillah.. Dengan usaha aku, aku dapat 3.45.. FRUST pun ada. sbb ckit jer lg nk dapat Dekan. Tp xpe, aku bersyukur dan aku akan usaha lebih lagi untuk semester akhir.
Trima kasih aku ucpkan kepada pensyarah2 yg mngajar aku dan kawan2 ku, especially my best fren @poli merangkap housemate aku.. Tq ALL.. Amiey, Ghah, Ainun, dan Inaz.
Semester depan kita study sama2 lg ek..

Puisi Buat Guru

Keranamu aku bisa menulis
Tangan yang dulunya kaku
Tulisan yang bercelaru
Mengeja pun aku tak tahu
Keranamu....
Ku kenal abjad
Bermula dari A.... B.... dan C
Mengaja sukukata
Berlatih aku membaca
A............... a
BA........... Ba
CA...........Ca
Hingga bisa membina
Sebaris ayat...
Di ajar nahu dan tatabahasa
Seperenggan karangan juga ku bisa
Keranamu...
Ku kenal angka
Bermula dengan 1...2...dan 3...
Campur, tolak, bahagi dan darab
Menghitung dalam ilmu hisab
Mencabar minda bila
soalan tak bisa ku jawab
keranamu..
ku kenal hurur-huruf hijaiyah
Bermula dengan
Alif  Ba dan Ta
Bertadarus bila malam tiba
Mengisi dada dengan tiang ugama
Guru...
Mencuruhkan ilmu dengan motivasi
Mengajar dengan penuh dedikasi
Bersabar menabur jasa dan bakti
Mengisi minda yang masih kosong ini
Pengorbananmu ku sanjungi
Menjadi penggerak jati diri
Guru...
Tiada hadiah dapat ku beri
Sebuah puisi pengganti diri
Semoga hidupmu diberkati
Panggila 'CIKGU' adalah keramat
Akan di kenang sepanjang hayat...

SELAMAT HARI GURU
~ 16 MEI 2011 ~

Thursday, May 12, 2011

Marah... marah... marah!!!!

Hye!!

Aku xtau thu knape dengan aku ni.. mmg sikap aku dah kot.. cepat marah, xboleh nk sbar. Aku pntang kalau seseorang tu xckap kat aku. Mcm aku ni x wujud. Sabar aku ada thap jgk. Dah dua hari dah.. aku marah ni.. msih lg geram sngat2.. ingatkan dah cuti hbis exam nk blik. tp x lg. Dah la nk join program tu x gtau aku. Program yg stu lg tu.. ckp plak. Aku ingat 15-19 tu program yg die ckp x bleh kalu x pergi.. tp??? bkn program tu.. aku pun angin lah.... xpe. aku nk tgok la gano, stara mna?? aku ni sape jah dlm hdup die nyo... 

Bye!!!